Selamat Datang
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته/Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan Kaunseling SMK Binjai , Kemaman 24000

Wednesday 9 November 2011

Pakaian Seragam Sekolah



PAKAIAN PELAJAR LELAKI
•Baju putih, berlengan pendek, berkolar dan berbutang putih sepenuhnya. Memakai lencana dan tanda nama di bahagian atas poket.
•Seluar panjang hijau kehitam-hitaman. Lebar kaki seluar 16-18 inci.
•Talipinggang hitam, lebar < 1 inci
•Kasut putih, berstokin putih sahaja



PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
•Baju kurung berpesak putih, potongan tradisional, berleher teluk belanga. Labuh separas lutut, berlengan panjang, tidak jarang. (Wajib memakai baju Simis)
•Tudung putih berlencana dan tanda nama melepasi paras bahu tanpa sebarang sulaman.
•Kain berwarna biru ‘torquise’. Labuh antara buku lali dan tapak kaki. (Wajib memakai Kain Dalam).
•Kasut putih dan berstokin putih sahaja
•Dilarang bergincu, bercelak, bermekap, memakai barang kemas dan aksesori.

Aktiviti Bergambar SMK Binjai

Orientasi Pelajar Tingkatan 4











Program " Ingat Sebelum Kena Tingkatan 2"



Program "Sehati , Sejiwa" bersama ibu bapa 













Tuesday 1 November 2011

Info UBK

FALSAFAH
  • Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh 
VISI PERKHIDMATAN
  • Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang  tahun 2015.
MISI PERKHIDMATAN


Untuk merealisasikan visi,kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid  yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya  bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
Semua warga SMK Binjai
  • Individu / pelajar yang normal tetapi menghadapi masalah harian yang tidak dapat ditangani kerana tekanan emosi dan kekusutan fikiran.
  • Individu / pelajar yang menghadapi masalah personaliti dan emosi.
  • Individu / pelajar yang sukar membuat keputusan yang tidak mempunyai arah hidup yang jelas.
  • Individu /pelajar yang mempunyai nilai penghargaan diri yang rendah serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada.
  • Individu / pelajar yang akan / telah diambil tindakan oleh Badan Disiplin sekolah untuk dirasionalkan semula.
  • Individu / pelajar yang sedia bekerjasama.
  • Pembimbing Rakan Sebaya.

Sunday 16 October 2011

21 Petua Pelajar Cemerlang



  • Sentiasa meningkatkan keupayaan minda.
  • Gunakan kedua-dua belah otak.
  • Gunakan kedua-dua belah anggota badan ketika belajar
  • Manfaat sumber dari alam sekitar ketika belajar
  • Rangsang semua deria ketika
  • Tingkatkan kemahiran belajar
  • Selang-selikan rehat ketika pelajar
  • Ulangkaji dengan berkesan
  • Belajar dalam persekitaran kondusif (selesa, tenang dan merangsang)
  • Kuasai strategi dan teknik peperiksaan
  • Miliki imej kendiri yang positif
  • Sentiasa awal dan mendahului orang lain
  • Tingkatkan kekuatan dalaman secara positif
  • Sentiasa berdoa setelah gigh berusaha
  • Amalkan pemakanan berkhasiat dan seimbang
  • Sentiasa beriadah
  • Tidur secukupnya
  • Taat kepada Tuhan dan tinggalkan maksiat
  • Hormati kedua-dua ibu bapa
  • Hormati dan sayangi guru-guru
  • Bijak memilih kawan