Selamat Datang
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته/Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan Kaunseling SMK Binjai , Kemaman 24000

Tuesday 1 November 2011

Info UBK

FALSAFAH
  • Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh 
VISI PERKHIDMATAN
  • Perkhidmatan Bimbingan dan Kauseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang  tahun 2015.
MISI PERKHIDMATAN


Untuk merealisasikan visi,kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :
  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid  yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya  bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.
Semua warga SMK Binjai
  • Individu / pelajar yang normal tetapi menghadapi masalah harian yang tidak dapat ditangani kerana tekanan emosi dan kekusutan fikiran.
  • Individu / pelajar yang menghadapi masalah personaliti dan emosi.
  • Individu / pelajar yang sukar membuat keputusan yang tidak mempunyai arah hidup yang jelas.
  • Individu /pelajar yang mempunyai nilai penghargaan diri yang rendah serta tidak dapat menghargai potensi diri yang ada.
  • Individu / pelajar yang akan / telah diambil tindakan oleh Badan Disiplin sekolah untuk dirasionalkan semula.
  • Individu / pelajar yang sedia bekerjasama.
  • Pembimbing Rakan Sebaya.

No comments:

Post a Comment