Selamat Datang
السلام عليكم و رحمة الله و بركاته/Selamat datang ke Blog Unit Bimbingan Kaunseling SMK Binjai , Kemaman 24000

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

APAKAH ITU PBK

  • Perhubungan bersemuka.
  • Perhubungan yang besifat hormat-menghormati, komunikasi berkesan dan penerimaan tulen oleh guru B&K.
  • Perhubungan unik ini menggalakkan kebebasan pemikiran dan pernyataan perasaan klien.
  • Perhubungan di mana tanggungjawab hasil prosesnya adalah bergantung kepada klien, bukannya guru B&K.
  • Perhubungan yang menggalakkan perubahan diri klien yang menyebabkan klien berfungsi lebih berkesan lagi.
  • Perhubungan di mana klien ingin merahsiakan maklumat adalah dihormati.
  • Perhubungan profesional yang memerlukan kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan sikap yang tertentu.
  • Bukan semata-mata nasihat.
  • Tidak cuba untuk mempengaruhi nilai, kepercayaan atau sikap klien dengan cara memujuk atau meyakinkannya.
  • Bukan proses temuduga.
  • Bukannya proses mempengaruhi tingkah laku dengan cara mengugut, memberikan amaran atau mendesak klien. 

APAKAH PRINSIP PBK
  • Setiap klien hendaklah diterima dan dilayan dengan baik
  • Perhubungan permisif
          -Pertama: Tiada paksaan dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa
          -Kedua:    Guru B&K tidak boleh memujuk klien menerima idea atau menilainya.  
                          Klien yang menentukan untuk menerima pandangan atau cadangan
                          Guru B&K.
  • Guru B&K berfikir bersama klien iaitu idea atau pandangan klien diambil kira dalam membuat keputuasan.
  • Guru B&K menerima hak seseorang berbeza keran individu berbeza keran individu berbeza dari segi minat, keperluan, intelek, kestabilan emosi dan lain- lain.
  • Sesi kaunseling dijalankan secara sulit dan semua bahan yang dibincangkan dirahsiakan.