SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
SMK Binjai adalah merupakan sebuah sekolah menengah harian yang pertama
didirikan di Binjai. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 Januari 2005 dimulai
dengan pendaftaran pelajar Tingkatan Satu dan Dua. Pada 2009, terdapat 31 buah
kelas daripada tingkatan 1 hingga 5. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat 31
kelas.
Terletak di kawasan seluas 17.44 ekar di Kampung Lot Sri Jaya Binjai. SMK Binjai dibina dengan kos RM14 juta terdiri dari satu blok pentadbiran, 2 blok kelas, 1 blok makmal, satu blok bengkel Kemahiran Hidup, 1 blok Bengkel Kejuruteraan Teknikal, makmal komputer, dewan besar, kantin, surau, padang permainan, dan beberapa garaj kereta guru dan tempat letak basikal pelajar..
LOKASI SEKOLAH
Kita boleh menggunakan jalan-jalan berikut untuk sampai ke Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai :-
1.Jalan Pasir Minal
2.Jalan Pengkalan Binjai
3.Jalan Bukit Mentok
4.Jalan Lot Seri Jaya
SMKBj terletak 7 km dari bandar Chukai
LOGO SEKOLAH
•NAMA SEKOLAH : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BINJAI
•ALAMAT : LOT PT 3839, MUKIM BINJAI,KEMAMAN
•POSKOD : 24000 KEMAMAN TERENGGANU
PENERANGAN LOGO
•BIRU - MELAMBANGKAN PERPADUAN ANTARA PELAJAR
•MERAH - KEBERANIAN, KEKUATAN DAN KESUNGGUHAN
•KUNING - KESETIAAN KEPADA RAJA DAN PERLEMBANGAAN NEGARA
•PUTIH - NILAI MURNI DAN KEIKHLASAN WARGA SEKOLAH
•MOTTO - BERILMU BERTAQWA
BILANGAN WARGA SMK BINJAI 2010
BILANGAN GURU : 76 ORANG
BILANGAN STAF SOKONGAN : 11 ORANG
BILANGAN PEKERJA SWASTA : 12 ORANG
BILANGAN PELAJAR : 1055 PELAJAR
VISI SEKOLAH
"MENJADI SEBUAH SEKOLAH CEMERLANG DAN TERBILANG DI DAERAH KEMAMAN MENJELANG 2015"
MISI SEKOLAH
- KOMITED DALAM MELAHIRKAN PELAJAR CEMERLANG AKADEMIK
- MEWUJUDKAN PRASARANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH YANG KONDUSIF
- MENJALIN HUBUNGAN YANG MESRA, TULUS, JUJUR DAN IKHLAS